Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

28 July 2011

Indahnya Aturan-Mu Ya Allah




"Ya Allah, aku tidak mampu."
Ada kalanya inilah antara bait-bait kata yang akan terungkap di bibir kita tatkala diuji oleh ujian-NYA.
Sahabatku, di kala hatimu mendung bagaikan awan yang berat dengan titisan-titisan air, yakinlah ada cahaya mentari yang akan menyinari hidupmu selepas itu kerana Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang.
Seringkali kita terlupa untuk memikirkan hikmah di sebalik apa yang menimpa kita kerana kita terlalu fikirkan kesedihan di hati.
Di mana Allah di hati kita tatkala kesedihan itu bermaharajalela? Adakah kita masih ego untuk menadah tangan kepada-Nya terutamanya di sepertiga malam memohon dan bermunajat kepada-NYA?
Sahabat.. indahnya aturan Allah itu tidak dapat dinilai oleh mata hati yang leka dengan kehidupan dunia.
Di saat kita terleka, Allah turunkan ujian tanda sayangnya Allah kepada kita kerana hanya dengan ujian hati kita akan lebih terarah kepada mengingati Allah dan bermunajat kepada-NYA.
Bukankah Allah sudah berfirman dalam surah Ar Ra'd : Ayat 28 :
"(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram."
Teruskanlah keyakinan kita dengan indahnya aturan Allah tetapkan kepada kita.
Dengan sifat redha dan bersabar serta berusaha untuk membaiki keadaan ke arah yang lebih baik adalah kata kunci kepada kehidupan yang diredhai Allah. Keyakinan terhadap indahnya aturan yang Allah tetapkan adalah keyakinan yang mampu membuatkan semangat kita tidak pernah luntur.
Yakinlah sahabat, Allah menyayangimu. Allah merindui ratapanmu kepada-NYA di setiap sujudmu. Allah merindui munajatmu terhadap-Nya di sepertiga malam di kala semua orang sedang nyenyak tidur.
Buatmu sahabat, Allah menyayangi dan mendengar setiap bait doa-doa kita.
Ikhlaskan diri dengan sentiasa berdoa kepada-Nya. Luahkanlah segala isi hatimu kepada-NYA.
Yakinlah, tiada apa yang perlu diragukan dan bertawakallah kepada-Nya, kepada Tuhan yang menciptakan dirimu, diri kita dan juga sekalian alam ini.
Yakinlah, indahnya tawakal kepada-Nya dan halawatul Iman itu akan dapat dirasai oleh orang yang melihat dengan mata hatinya.
Indahnya aturan-MU ya Allah.

21 July 2011

Ramadhan Bakal Tiba.. :)

Ramadahan bulan yang baik beramai-ramailah kita bersyukur ke hadrat illahi...Bulan ramadhan adalah bulan yang cukup bermakna,di bulan inilah kita akan belajar akan kesabaran,menjaga nafsu serta membuat amal..tak rugi kalau kita berpuasa,beramal ibadah,malah ganjaran yang bakal kita dapat itu adalah ganjaran yang tak ternilai...Allah itu Maha Besar,maha Mengetahui...tiada tuhan yang layak di sembah melainkan Allah...Semoga di bulan ramadhan tahun ini allah akan memberikan Rahmat ke atas diriku.suamiku serta keluarga ku..Ramadhan Tahun Ini merupakan Ramadhan Pertama buat aq bersama suami..Alhamdulilah..terima kasih Ya Allah...



20 July 2011

10 perkara di dalam suatu perkahwinan

1. Berkahwin tidak bermakna anda tidak akan keseorangan lagi.
“Saya dan suami baru sahaja mengikuti kaunseling. Tiada apa-apa yang drastik cuma kami dapat rasakan bahawa kami semakin berjauhan dari segi emosi dan fizikal. Jiwa semakin terasa keseorangan. Nasib baik kami berdua cepat sedar dan sanggup mendapatkan bantuan daripada mengambil tindakan yang bertentangan.” 

2. Berkahwin tidak bermakna anda akan berasa menyintai atau dicintai setiap hari.
”Kebahagiaan dalam perkahwinan tidak berlaku sekelip mata kerana masalah tentu akan timbul. Ada masalah besar dan ada yang kecil. Kadangkala anda akan merasakan diri sudah tidak dicintai.” Amat penting bagi masing-masing mengucapkan perasaan cinta dan mencintai.

3. Anda masih perlu menghangatkan suasana.
”Kami suami isteri mempunyai kerjaya yang sangat sibuk dan jarang dapat meluangkan masa bersama. Untuk mengelakkan perasaan seperti teman sebilik sahaja, kami cuba terapkan kebiasaan untuk memeluk antara satu sama lain dan bercerita setiap malam sebelum melelapkan mata.”

4. Perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokkan.
”Saya dan isteri amat menyenangi kehadiran masing-masing. Kami gemar bergelak ketawa bersama, bergurau dan mengusik. Setiap hari ada sahaja SMS yang dihantar... kadang kala lawak jenaka dan ada juga mesej berunsur seks nakal.”






5. Lazimnya salah seorang akan lebih banyak berkorban.
”Mana ada yang seratus peratus adil pembahagiannya. Selalunya isteri akan lebih banyak berkorban terutamanya dari segi kerjaya. Kadang-kala ada yang terpaksa melepaskan kenaikan pangkat kerana tidak ingin rumahtangga kucar-kacir.”

6. Pasangan anda akan berubah mengikut masa.
Anda harus menerima kenyataan bahawa masing-masing akan berubah mengikut masa. Kadang-kalanya dari segi perangai, rupa paras , bentuk badan dan hobi. Tiada orang yang akan kekal sama seperti mana mula-mula berkenalan dahulu.

7. Anda tidak semestinya akan bersetuju dalam semua perkara.
Suami akan tetap mahu menggunakan wang bonus untuk membesarkan garaj manakala isteri inginkan sofa baru. Terimalah hakikat bahawa masing-masing ada keinginan yang berbeza. Yang penting tolak ansur-mungkin bonus tahun ini mengikut kehendak isteri manakala bonus tahun depan untuk suami pula.

8. Semakin lama berkahwin semakin bahagia.
Pasangan yang memahami kehendak masing-masing dan mengamalkan tolak ansur dalam kebanyakan perkara sepanjang mereka berkahwin, lazimnya akan berjaya melawan badai atau apa-apa masalah. Mereka inilah yang dapat menikmati kemanisan berumahtangga. Sememangnya pasangan ini adalah “soulmate” masing-masing.


9. Hubungan seks ada turun naiknya.
Kadang kala sangat berkesan dan ada kalanya tidak begitu memberansangkan. Masing-masing seharusnya menerima bahawa ianya bergantung kepada “mood” dan keadaan sekeliling.

10. Perasaan Ego yang berlebihan adalah amat berbahaya.
Apabila perselisihan terjadi, masing-masing menjadi begitu sensitif dan mementingkan ego. Jika terlampau mengikut ego, anda mungkin akan memanjangkan masalah yang kecil. Elakkan daripada menyimpan perasaan marah terlalu lama kerana pasangan anda mungkin akan berubah hati. Sanggupkah anda?






Perkara Penting Dalam Perkahwinan



Perkara pertama : Komitment

Tiada komitmen antara satu sama lain, hubungan perkahwinan pasti tidak akan bertahan laman. Apabila anda sudah berkahwin, anda perlu sentiasa bersama – sama dengan pasangan anda. Anda berkahwin kerana anda ingin berkongsi hidup. Jadi, utamakan pasangan anda dari perkara – perkara lain. Dengan ini, ikatan perkahwinan anda akan jadi lebih kukuh dan kuat.


Perkara kedua : Bekerjasama

Anda tidak boleh hidup berdua jika tidak ada kerjasama. Lakukan semua perkara bersama – sama. Anda tidak boleh menganggap diri anda berkahwin jika anda tidak perna bekerjasama dengan pasangan anda. Hubungan anda berdua akan jadi lebih rapat jika anda berdua bekerjasama.


Perkara ketiga : berkomunikasi

Jangan anggap pasangan anda sebagai musuh. Sebaliknya anggap dia sebagai teman baik anda. Sentiasa luahkan apa yang anda rasa. Jangan takut hendak menerima pendapat dari pasangan anda. Kajian menunjukkan, pasangan yang berkahwin lebih bahagia jika mereka sentiasa berkomunikasi antara satu sama lain.


Perkara keempat : Kesetiaan

Sentiasa setia pada pasangan anda. Setia bermakna anda tidak akan pernah ingin menduakan dia. Pasangan yang setia pasti akan bertahan sehingga akhir hayat mereka.


Perkara kelima : Komedi atau jenaka

Untuk menguatkan lagi hubungan anda berdua, anda perlu ada buatkan pasangan anda selesa dengan anda. Sentiasa ceriakan rumah tangga anda dengan bergurau antara satu sama lain.


Perkara keenam : Persetujuan

Setiap perkara yang anda ingin lakukan, pastikan anda mendapat persetujuan dari pasangan anda. Jika semua perkara yang anda lakukan di persetujui pasangan anda, sudah pasti hubungan anda berdua akan menjadi lebih kukuh dan kuat.


Perkara ketujuh : Pengorbanan

Utamakan pasangan anda lebih dari anda utamakan diri anda sendiri. Kalau perlu, korbankan kehendak anda sendiri untuk menunaikan kehendak pasangan anda.






18 July 2011

sejak...19 july 2007 until now 18 july 2011 then Forever...........





4.30pm
19 july 07

assalamualaikum...mel...,
                                     mel ni akak,harap mel xksah akk bgi surat ni..mel,akak tau mel ad problem bnyak sngat kan ? first,akk nk mel relax...,jgn pk sngat problem tu.coz problem 2 mcm angin..ia akak dtg n pergi.kte kne kuat,sabar.tabah hadapi semua tu...anggap 2 sbgi dugaan buat kite dr Allah..mel jgn give up k..mel jgn pk yg mel sorang2 dlam dunia ny...walauun mak n ayah mel dah xad..tpi dorang ttap ad kat sisi mel...cbe mel byangkan.kalo drang tau yg mel tagh sdeh skrang ni,tntu drang akan sdey,,tgok ank drang camni..mel masih ad abg sharil,akak kak kirin n rmai g member2 mel kan?kteowg sume keluarge mel...kalo mel ad pape ke @perlukan sesuatu...akak kan ad....emm..lgi pn akk xad adk...mel blh jdi adik akak....



sis thanks...
isill keep this letter......love u so much....


on my birthday 2008


the speech




segalanya tersimpan rapi dalam memori terindah.......

15 July 2011

i will love u as long as i live...


As I look into your eyes
I see all the reasons why
My life’s worth a thousand skies
You’re the simplest love I’ve known
And the purest one I’ll own
Know you’ll never be alone

My baby you

Are the reason I could fly
And cause of you
I don’t have to wonder why
Baby you
There’s no more just getting by
You’re the reason I feel so alive
Though these words I sing are true

They still fail to capture you
As mere words can only do
How do I explain that smile
And how it turns my world around
Keeping my feet on the ground

I will soothe you if you fall
I’l be right there if you call
You’re my greatest love of all

12 July 2011

Kau Katakan Aku adalah PUTERI CINTA HATI


 Di hati kaulah puteri 
Di hati kau ku cintai
Kau amat aku sanjungi
Di hati ku tetap menanti
Di hati kan kupastikan kau menjadi milikku hakiki
Seindah mana cinta kita
Hatiku bertanya
Terpendam kian lama
Ingin ku luahkannya
Di hati kaulah puteri
Di hati kau ku cintai
Kau amat aku sanjungi
Di hati ku tetap menanti
Di hati kan kupastikan kau menjadi milikku hakiki
Makin ku dekati
Ku selami
Dirimu kasih bagai yang ku impikan
Makin ku fahami
Ku sayangi
Tiada lain kan menjadi ganti... 
Di hati kaulah puteri
Di hati kau ku cintai
Kau amat aku sanjungi
Di hati ku tetap menanti
Di hati kan kupastikan kau menjadi milikku hakiki
(1)
Makin ku dekati
Ku selami
Dirimu kasih bagai yang ku impikan
Makin ku fahami
Ku sayangi
Tiada lain kan menjadi ganti
(Ulang 1)
Pasti...
Di hati ku tetap menanti
Di hati kan kupastikan kau menjadi milikku hakiki
Kaulah puteri
Kau kucintai
Kaulah di hati

11 July 2011

tanda anda mengandung..huhuu...


hai anda semua..kali ny nk ceciter sal mengandung yg mungkin korang pon tak tau..maklum lah,org ckp setiap wanita yang hamil berbeza2 simptom nyer..so,antaranya :
1. Sembelit
Sembelit biasa terjadi semasa kehamilan. tatau la kenape..takde special cause..dulu nak mem “buang” sekali sehari..then tetibe 3 hari sekali pon susah nk mem”buang” hihihi then mule la perut keras n membuncet..anda pun pelik nape leh tetibe jd cmni..rase2 takde salah mkn..so,if tetibe anda kene sembelit,hmm..mungkin this is your lucky chance..
so jika anda sembelit, pastikan :
  • Pastikan anda mengambil air sekurang-kurangnya 10 gelas sehari.
  • Ambil makanan berserat tinggi seperti roti gandum penuh, bijirin oat, buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Aturkan masa membuang air besar.
2. Kembung perut
perut masuk angin,nak mkn pon tak selera..tak pun,pas mkn jek rase nk muntah..padahal,mkn on time..cmane lak leh kene kembung perut nih..hmm,tu mungkin simptom2 nyer..dulu saye pon cmtu..perut rase byk angin jek..bile tekan,takde lah byk sgt…tapi mmg rase byk angin dlm bdn…then tgh2 mkn tuh,tetibe rase nk muntah..rase mual2..mcm ade penyakit la pulak..hihihi
3. sakit gigi
tetibe rase berdenyut2 gigi nih..mcm nk kene cabut jek lg..padahal,tuh la gigi kekal,klu cabut,gongak pulak..huhu bile check,takde pape..putih berseri jek..takde lobang ke kene tampal ke..sebenarnya,semasa tumbesaran bayi,bayi pon perlukan kalsium utk membesar..so,mcm berebut dgn kite jugak la..bile kite kekurangan kalsium,tuh yg cepat sakit gigi n lenguh2 tulang..cara penyelesaian nya, minum susu byk3..saye minum anmum..hihi terus ilang rase berdenyut2 tuh..
4. asek rase nk kencing
sikit2 nk kencing..baru duduk dlm setengah jam,nk kene gi toilet dah..hmm,tuh mungkin simptom2 nyer..tatau la nape kite slalu rase cmtu padahal baby lom besar lg..baru nk tau kite hamil kan..tapi ni adalah tanda2 biasa yg kita ni pregnant.
5. terasa nk kencing
da kencing tapi terasa nk kencing lg. mcm tak habis keluar jek td..huhu
6. haus
asek rase nk minum jek..minum air kosong paling best..minum air manis nih tak ilang rase haus..hah,tu salah satu tanda lg. org ckp haus nih dtg sbb kite asek kencing. so kene minum dgn cukup tau. sian kat babay.
7.  rase “basah”
mcm da period..tapi bile check takde pulak..yg ade cecair putih jek..tapi spjg ari rase cmtuh..mesti risau kan..tapi dlm artikel kesihatan ckp, pengeluaran cecair yg berlebihan adalah disebabkan badan kita sedang berubah utk keselamatan dan keselesaan baby.
8. tumbuh jerawat
ni mane lak dtg nyer jerawat tetibe byk naik nih..huhu muke yg dulunye agak lcicn tetibe nampak kotor n xberseri lgsg. hormon kite byk berubah so mmg byk la jerawat naik..tukar la jenama pencuci muka cmane pon.die tetap naik..
9. susah nk tido
bila nk tido,rase tak selesa..mata takleh lelap..ini adalah salah satu simptom yg saya selalu alaami…siang ngantuk betul,bile mlm takleh tido pulak..udahnye esok ngantuk la gi keje..
10.hot flashes
badan mcm demam tapi kite tak rase demam..panas jek rase bdn ni..teruatam waktu mlm..org2 tua slalu ckp org pregnant slalu mcm tuh.. tapi org yg tgh “subur” pon mcm tuh jugak tau..hihi
11. puting jd besar n gelap
tetibe anda notice, puting anda jd besar n nampak gelap sedikit..haik,anda pon pelik.tu adalah simptom yg amat ketara.so,tahniah..hihi
12. kuat makan.
tetibe bdn jd lebar..punggung lebar n sume pon lebar . mungkin disebabkan kite tetibe kuat mkn.nafsu mkn naik,sume pon dibedalnyer..hihihi klu nafsu mkn lain mcm,bersedia utk test 2 minggu kemudian ok

10 July 2011

with WIKEY BIFT at Batu Berendam Kompleks Sukan Futsal METRO

Selama 3 hari di MElaka kerana mengikuti Futsal yang dianjurkan oleh METRO..
selama 3 hari kami menginap di HOTEL CONTIENAL MELAKA(RENAISSANCE),bak kate Angah dalam internet 6pak cantik huhuhu...tpi,,,hahahahha boleh tahan lah,,asalkan swimming pool ad...:)
Kebiasaanye bawak Wikey tapi kali ny Wikey jgak tapi Wikey BIFT..xdapat nak ke final second round kot,,kalah huhu aq bkan ad pon,,,g jusco dgn lat hihihi......

04 July 2011

Timmy Time


kartun kegemaran sy ni..huhuhu cute x..Timmy si kambing biri-biri yang comel...huhuhu setiap hari sy akan tunggu jam 10.30 pgi untuk menonton timmy time...like it...huhuhu menonton sambil menyanyi lgu si  Timmy hahahah so sweets...actually sy sorang jew yg tengok at last terjebak satu family...huhu

 Timmy

Timmy Time yang mengatakan Baah. Beliau adalah watak tituler yang sedang menikmati perhatian. Beliau adalah tiga tahun di tahun kambing dan kemudian berubah empat tahun dalam Harijadi Timmy. Dalam banyak episod dia mendapat masalah, bagaimanapun dia belajar dari kesilapan, dan sering cuba untuk membantu watak-watak lain daripada apabila dia dapat. Apabila dia sedih dia berkata yang sedikit-berbunyi "boouh" dan bukannya "baah". 

Timmy dan Kengkawan dan juga Cikgunya 




    * Harriet yang Heron yang bercakap melalui caws dan klik. Dia pelik kelihatan seperti Pelican, berbanding pucung a. Beliau adalah salah satu daripada dua orang guru.

    
* Osbourne si Burung Hantu adalah guru lain kelas. Beliau adalah ayah kepada Otus


    
* Yabba yang Itik yang mengatakan quak-quak. Dia sangat rapat  dan mesra dengan Timmy 


    
* Paxton yang Piglet yang mengatakan Oink, selera makan untuk makanan sangatt kuat dan berat badan makin bertambah. Dia memakai baju sejuk biru supaya tidak dapat dilihat kegemukkannya..

.
    
* Kitten yang mengatakan Meow. Seperti kucing lain, dia amat membenci kekotoran dan snagt xsenang bulu dia kotor.


    
* Ruffy yang Puppy yang mengatakan CBC CBC, yang bertenaga tetapi dia boleh mental agak perlahan.


    
*  Hedgehog anak landak yang mengatakan Hicoo. Dia sangat tenang dan pengecut. Apabila terkejut atau takut dengan sesuatu dia akan bergulung menjadi bola..


p/s
ada bunyi yg xtaw nk di wordkan hehehhe...sila tekan link biru ini huhhu
http://www.timmytime.tv/games/sing-along-game/ruffy