Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

29 January 2012

MENENTUKAN JANTINA BAYI

salam...
hye sy nak share something nie..sy ad terjumpa sesuatu huhu..
mungkin berguna buat ibu2 yg sedang hamil hehehe...
NOTA: 
“Carta kuno yang berasal dari Peking, China ini menarik perhatian seluruh dunia apabila dijumpai baru-baru ini tertanam di kawasan makam raja China berhampiran Peking. Ia kemudiannya dipamirkan Institute Sains Beijing. Carta ini dipercayai berusia lebih 700 tahun.
Panduan dari carta ini menjadi ikutan beribu-ribu pasangan suami isteri seluruh dunia dan ianya semakin popular apabila ramalan carta ini kebetulan 99% tepat.”

p/s: mengikut kalender cine di atas sy mungkin bakal mendapat baby boy huhu :)

02 January 2012

Perkembangan 16 minggu Janin

Hari ini Genap kandungan aq 16 minggu bersamaan 4 bulan :)
kita tengok ap perkembangan di usia 16 minggu :)



Saiz bayi anda sekarang lebih kurang sebiji avokado (panjang dari mercu kepala ke punggung sekitar 5 inci / 11.6 sentimeter dan berat sekitar 4 auns / 100 gram). Dalam tiga minggu ke hadapan ini ia membesar secara memecut, menambahkan beratnya dua kali ganda dan panjangnya beberapa inci. 

Di dalam atau di luar rahim, bayi merupakan mahluk yang suka bermain. Bayi anda mungkin telah menjumpai mainan pertamanya - tali pusat - yang dia suka menarik dan mencekau. Kadangkala ia akan menggenggamnya begitu kuat menyebabkan jumlah oksigen yang lalu masuk berkurangan, tapi jangan khuatir - dia tidak memegangnya terlalu lama untuk memudaratkan. Sistem peredaran dan trek kencing sudah berfungsi sepenuhnya, dan dia menyedut masuk dan mengeluarkan cecair amnion melalui paru-parunya. 

Kadangkala, apabila anda bergerak secara serta-merta, anda akan terasa sakit sedikit di sisi anda. Ligamen-ligamen di kedua belah uterus anda dan dinding pelvis sedang meregang ketika bayi anda membesar. Anda sudah tentu merasakan sakit-sakit ringan, tetapi sekiranya ia berlanjutan atau bertambah kuat, beritahu doktor anda. 

:)