Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

30 December 2011

Doa Isteri Kunci Kejayaan Suami


DOA seorang isteri untuk suami memang mustajab kerana jika wanita bermunajat, ia memang ikhlas, kata pendakwah dan perunding motivasi terkenal, Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid.Beliau yang juga pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), berkata bagi membentuk keluarga bahagia, isteri perlu berdoa supaya keluarganya hidup dalam harmonis, diberi keselamatan dan kekuatan iman. Beliau berkata, sebelum suami ke tempat kerja, isteri mendoakan kejayaan ketua rumah tangga itu.” Insya-Allah, dengan keikhlasan isteri, doa itu akan dimakbulkan dan suami mendapat kejayaan.

“Usaha yang disusuli dengan doa adalah faktor yang memberi kebahagiaan kepada rumah tangga,” katanya. Katanya, fenomena dalam masyarakat hari ini, menunjukkan kebanyakan pasangan hanya menampakkan kecantikan luaran dan tidak mengutamakan kecantikan dalaman.” Ada pasangan yang hanya mahu tampil cantik lahiriah hingga mengabaikan kepentingan dan kehendak suami. Misalnya, isteri mahu kekal cantik tanpa menjaga makan minum suami hingga semuanya diserah kepada amah.” Kadangkala suami pulang kerja kepenatan tetapi si isteri sibuk dengan kelas gim atau yoga,” katanya.

Menurutnya, mana-mana suami suka jika pulang bekerja, mereka disambut dengan senyuman dan rumah yang kemas.” Jika isteri cantik tetapi rumah tangga tidak terurus, anak tidak terjaga pakaian dan makan minumnya, ia akan menyebabkan suami cepat bosan dan tidak selesa di rumah. “Justeru, sebagai isteri, mereka perlu tahu cita rasa suami dan memperbaiki kelemahan yang ada kerana rumah adalah tempat terbaik bagi memupuk kasih sayang keluarga,” katanya.

Dalam usaha melahirkan keluarga bahagia, selain suami berperanan menjaga dan bertanggungjawab terhadap makan minum, isteri katanya ada peranan tersendiri. Untuk menjadi isteri dan ibu cemerlang kepada sebuah rumah tangga bahagia, peranan wanita memang penting.” Jangan meminggirkan peranan isteri kerana mereka adalah kunci kebahagiaan suami.” Isteri yang bijak, bukan saja mampu menjadi wanita yang cantik dari segi luaran dan dalaman tetapi berperanan dalam semua aspek.” Walaupun mereka memegang jawatan besar di syarikat, harapan yang disandarkan suami untuk menjadi suri terbaik dan ibu cemerlang mesti ditandai dengan kehebatannya menangani masalah anak-anak kerana ia melahirkan generasi masa depan yang cemerlang,” katanya.

Ustaz Wan Akashah turut menyarankan wanita menjadi golongan yang serba boleh sama ada di pejabat mahupun rumah. Katanya, kehebatan sesebuah keluarga banyak dipengaruhi perawatakan isteri yang bukan saja seorang wanita tetapi ibu dan isteri.” Jika anak-anak yang lahir itu mulia akhlak dan hebat dalam pendidikan, ia menggambarkan betapa hebatnya peranan isteri membentuk mereka menuju kegemilangan.” Ini sekali gus membawa mereka menuju kecemerlangan rumah tangga,” katanya.

TAJUK PENTING : Jangan Lupa Jadi Isteri Setelah Jadi Ibu :)



Oleh Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Menurut beliau kebanyakkan lelaki yang berumahtangga mahukan seorang isteri. Suami tidak peduli samada isterinya melahirkan seorang anak atau 10 orang anak, yang penting baginya dia masih memerlukan isteri. Tetapi, sambungnya, ramai isteri selepas mempunyai tiga atau empat orang anak menjadi ibu dan kurang menjadi isteri.

Peringkat awal mungkin suami boleh bertahan, menyeduk nasi sendiri, ambil nasi sendiri, ambil air sendiri sebab isteri sibuk melayan anak-anak tetapi lama-kelamaan suami menjadi bosan. Penat di pejabat dan di rumah pula tidak mendapat layanan isteri. Beliau menekankan, ramai suami tidak tahan apabila isterinya menjadi ibu sehingga suami merasa terpinggir. Di luar banyak terdapat gejala-gejala yang mengambil alih tugas isterinya di rumah untuk melayan makan-minumnya.

Ada wanita lain dengan ramah akan bertanya, “Encik nak minum, saya siapkan kopi, encik nak makan nanti saya hidangkan nasi….”.

Ini akan membuatkan suami merasa wanita itu melayannya dengan baik sedangkan di rumah dia hanya mendengar kata-kata, “You buat sendirilah, I sibuk nak layan budak-budak ni. I penatlah…”

Tu baru bab lahiriah yang dipinta.. kalau alasan tu juga dibagi waktu berkehendakan hubungan badan.. hmmmm tak tau la cek nak kata.. takut nanti ada isteri-isteri yang makan hati akhirnya bila suami menyatakan keinginan utk beristeri satu lagi….

Senantiasalah beringat bahawa seorang suami yang menyimpan perasaan marah atau tak puashati terhadap tolakan kita… sepanjang malam kita akan dilaknati oleh malaikat… sehinggalah suami kita memaafkannya. . 


Kerana itu.. seboleh-bolehnya. .jangan biarkan si suami tertidur sendirian kerana menantikan kehadiran kita menemaninya .. kalau boleh, hentikan dulu kerja-kerja yang dilakukan.. temani suami buat seketika untuk memenuhi keperluan dirinya.. tak semua suami inginkan seks semata-mata.. ada yang hanya mau lena dipelukan anda atau sebaliknya.. .Suami yang longgar pengetahuan agamanya dan tidak tahu tanggungjawab akan mudah berlaku curang walaupun sepatutnya dia membantu dan faham keadaan isteri.

Pesan beliau, “Isteri jangan lupa menjadi isteri”. Sambut suami balik dari pejabat, ambil begnya, layan sekejap, tuangkan air dan berikan sentuhan sayang walaupun hanya dua atau tiga minit walau sibuk bagaimana sekalipun. Jangan disebabkan dua atau tiga minit ini, akhirnya suami lebih senang dilayan oleh wanita lain.

Jangan sesekali ambil remeh perkara begini.. biasarnya bagi lelaki yang sudah berumahtangga, satu cara untuk dia lepaskan bebanan kepala setelah seharian bekerja.. adalah dengan menerima layanan baik dari isteri.. sekalipun hanya dengan senyuman isteri dimuka pintu… tatkala itu.. dihatinya pasti rasa sungguh gembira kerana ada yang menanti dan meringankan bebanan emosi nya.. Ramai wanita, menurut beliau, selepas mendapat dua atau tiga orang anak akan mulai terlalu yakin diri dan bongkak. Mereka merasakan sudah lama berkawin dan tidak perlu menjaga tubuh badan atau bahasa tuturan.

Mereka lupa kebanyakkan lelaki mudah tertarik pada yang cantik dan lemah-lembut. Mereka juga selalunya atau kebanyakkannya berasa suami harus faham keadaan mereka yang senantiasa diperlukan oleh anak-anak.. ini silap.. sekalipun berapa anak yang diperolehi… suami tetap merupakan “Anak Sulung”… walau sayang banyak mana pada anak pun.. suami harus senantiasa di dahulukan. … Lelaki berumur atau tua tetapi kalau melihat wanita muda mereka boleh terlupa yang diri sudah bergelar suami.

Walaupun sudah tua tetapi jiwa muda keluar kembali kecuali di tabir oleh keimanan yang tebal. Yang ada "pendinding" akan sengaja membahasakan diri tua dengan perempuan dibahasakan dirinya ‘Pak cik’ adalah dengan sengaja di lakukan demikian untuk memadam segala keinginan. Seperti yang sering beliau nyatakan, orang lelaki mudah perasan bilamana keadaan dirinya tak tenteram… dan dikala ini apabila ada wanita muda menunjukkan minat, berbuat baik, lelaki yang berumur akan mudah perasan.

Malah tambahnya lagi, ada wanita lain yang menghargai dirinya lebih dari isteri yang di rumah yang sentiasa mengomel dan memperkecilkan diri suami.

14 Perkara Yang Isteri Tidak Suka

Rasullullah SAW bersabda:-“Nasihatilah isteri kamu dengan cara yang baik. Sesungguhnya wanita itu dicipta dari tulang rusuk yang bengkok.Apabila engkau biarkan, ia tetap bengkok. tetapi jika engkau luruskan, ia akan patah.Maka nasihatilah ia dengan baik”. (Riwayat Bukhari)

Maka dengan itu suami perlulah tahu mengenai perkara yang isteri tidak suka. Antaranya ialah :-

1. Bertindak Kasar
Isteri tidak suka suaminya bertindak kasar, samada melalui perbuatan atau percakapan kerana wanita adalah manusia yang lemah lembut sifatnya. Oleh itu suami perlulah melayaninya dengan lemah lembut, penuh kasih sayang dan berhati-hati supaya tidak melukai perasannya.

2. Tidak Menghargai Isteri
Isteri tidak suka suaminya tidak menghargai usaha yang dilakukan isteri seperti isteri berhias dan memakai baju baru sedangkan suami tidak memberi apa-apa kata penghargaan atau ucapan yang menunjukkan suami menghargai apa yang dilakukan isteri.

3. Membangkitkan Kelemahan
Isteri tidak suka suaminya menyebut atau membangkitkan kelemahannya sekalipun dengan niat bergurau. Terutama di depan orang lain.

4. Bicara Perihal Poligami
Isteri tidak suka jika suaminya bergurau yang melibatkan perihal poligami.

5. Memandang Wanita Lain
Isteri tidak suka suaminya memandang wanita lain di depan isteri walaupun secara tidak sengaja. Ini akan melukakan hati dan perasaannya serta menimbulkan rasa cemburu dan kecewa dalam diri isteri.

6. Memuji Wanita Lain
Isteri tidak suka jika suami memuji kecantikan, layanan atau pilihan wanita lain.

7. Suami Kedekut Al-Bakhil
Isteri tidak menyukai suaminya yang kedekut dan bakhil kerana rumah adalah segala-galanya bagi isteri. Oleh itu sebagai suami pastikan keperluan isteri, anak-anak disediakan secukupnya mengikut kemampuannya.

8. Tidak Memberi Perhatian
Isteri tidak menyukai sikap suami yang tidak memberi perhatian yang istimewa kepadanya ketika sedang sedih ataupun sedang sakit.

9. Suami Bersangka Buruk
Isteri tidak suka jika suami tidak mempercayainya, bersangka buruk ataupun menuduh yang bukan-bukan. Perbuatan sebegini akan memberi kesan yang berpanjangan serta menyakitkan hati isteri.

10. Meninggalkan Isteri dalam Jangka Masa Lama
Isteri tidak suka sekiranya suami meninggalkan keseorangan di rumah dalam tempoh yang lama. Terutama ketika pasangan itu belum lagi dikurniakan anak atau cahaya mata.

11. Tidak Amalakan Ucapan Selamat atau Bersalaman
Isteri tidak senang dengan perangai sumai yang tidak mengucapkan selamat tinggal dan bersalaman setiap kali meninggalkan rumah.

12. Selalu Mengugut
Suami selalu bertengkar dan mengugut untuk menceraikan isteri. Perkara ini juga amat tidak disukai oleh isteri.

13. Lupakan Tarikh Penting
Isteri tak menyukai suami sekiranya suami tidak mengingati tarikh-tarikh penting seperti tarikah perkahwinan, ulang tahun kelahiran dan lain-lain lagi.

14. Jarang menghubungi Isteri Apabila Kejauhan
Isteri tidak menyukai sikap suami apabila berjauhan, jarang menghubunginya melalui telefon ataupun sms.

Selain dari perkara diatas, banyak lagi perkara yang patut difikirkan oleh suami demi menjaga keharmonian rumah tangga dan menjaga hati isteri. Oleh itu suami perlulah kreatif, bersikap rasional dan tanamkan sikap sayangkan rumah tangga. InsyaAllah semuanya dalam keadaan baik jika perkara di atas berjaya diatasi oleh pihak suami.

10 Sebab Dikatan Isteri Derhaka Kepada Suami

1. Apabila dipanggil oleh suaminya ia tidak datang.
Sabda Rasulullah s.a.w. “Apabila suami memanggil isteri ke tempat tidur, ia tidak datang nescaya malaikat melaknat isteri itu hingga ke Subuh.”

2. Membantah suruhan atau perintah suami.
Sabda Rasulullah s.a.w. “Sesiapa sahaja yang tidak berbakti kepada suaminya maka ia mendapat laknat dari Allah swt dan malaikat serta semua manusia”.

3. Bermasam muka terhadap suami.
Sabda Rasullulah s.a.w. “Mana-mana perempuan yang bermasam muka di hadapan suaminya bererti ia dalam kemurkaan Allah swt hingga ia senyum kepada suaminya atau ia meminta keredhaannya”.

4. Jahat lidah/mulut pada suami.
Sabda Rasulullah s.a.w. "Ada empat golongan wanita yang akan dimasukkan ke dalam neraka, di antaranya ialah wanita yang jahat atau kesat lidahnya terhadap suaminya”.

6. Keluar rumah tanpa izin suaminya.

Sabda Rasulullah s.a.w. “Mana-mana perempuan yang keluar rumahnya tanpa izin suaminya dia akan dilaknat oleh Allah swt. hingga dia kembali kepada suaminya atau suaminya redha terhadapnya.”

5. Membebankan suami dengan permintaan yang di luar kemampuannya.

7. Menghina pengorbanan suami.
Maksud Hadith: Allah swt tidak akan akan memandang (mempedulikan) pada isteri-isteri yang tidak berterima kasih kepada pengorbanan suaminya sedangkan dia masih perlukan suaminya.

8. Menerima tetamu tanpa keizinan suaminya.
Maksud Hadith: Jangan benarkan masuk ke rumahnya melainkan dizinkan oleh suami.

10. Tidak mahu menerima tunjuk ajar suami.
Maksud Hadith: Isteri yang derhaka hukum perbuatannya berdosa dan boleh gugur nafkahnya ketika itu. Jika ia tidak segera bertaubat dan meminta ampun dari suaminya, nerakalah di akhirat kelak. Apa yang isteri lakukan terhadap suami adalah semata-mata mendapat keredhaan Allah swt.

wallahu'alam...

Salam...woot woot lame xupdate blog hehehe

Eh...agak2 dah 2 taon ke? hak3 ahaks...gebang jek...
bizylah selame nie..menolong suami berniage.. urusan rumah tangga lagi..ini pon terbangon kul 5 xtaw nk wat ap..update blog lah heheh... Aq sekarang nie berbadan 2.. nk masok 4 bulan huhu Cepatnyer dh 4 bulan.. xsaba nk tgu dia keluar huhu...sabar mel sabar :P
Ap lgi nk ckap yeh..hahah xad aplah ingat nk post perihal suami isteri.. di entry seterusnya...terjumpa mnde nie..uish..berguna untuk yang dh berumah tangga..mne yg tak tau lgi kn.. :P
PEACH YOO ceh ala ala AC gitu..huhuu
Owrite..caw cincau satu pergi dulu... salam....