Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

01 August 2011

kecantikan Bukan Segalanya....


Paras rupa- satu nilaian yang begitu diambil berat oleh para manusia,terutamanya dalam pemilihan teman hidup. memang fitrah manusia sukakan yg indah indah, yang berparas rupa,untuk menjadi miliknya. 

Allah menjadikan manusia dengan pelbagai rupa dengan penuh hikmah. zahirnya memang ada insan yang lebih kacak dari yang lain, dan ada yang kurang cantik dari yang lain. semuanya kurniaan Allah yang wajib disyukuri, dan ianya juga merupakan ujian Allah atas para hambanya.

" Janganlah  kamu mengahwini perempuan kerana kecantikannya semata mata, kerana kecantikannya mungkin bakal mengherat mereka ke jurang kemusnahan , jangnlah kamu kahwini mereka kerana harta,kerana harta itu bakal menjadikan mereka taghut/zalim, akan tetapi kahwinilah mereka kerana agama mereka, maka mudah udahan seorang amah berkulit hitam itu lebih baik.." (Daripada Abdullah Bin Amru, diriwayatkan oleh imam Ibnu Majah,Al-Bazar dan Al-Baihaqi, dan dia meraf'akannya.)

Benarlah pesanan Rasulullah s.a.w. akibat lemahnya perisai iman dalam mengharung ujian,berapa ramai yang tewas dengan ujian memiliki paras rupa, hingga mereka terjerumus ke lembah kehinaan. kerana paras rupa, suami mungkin jadi dayus,isteri mungkin jadi derhaka. yang cantik mengeplotasi kecantikan untuk mendapatkan wang, demikian juga yang kacak. lalu terlibatlah ke dalam lembah yang terlarang. berapa ramai yang meleburkan kekayaan demi memiliki paras rupa yang hakikatnya tak berkekalan.......



Renung-renungkanlah.............

No comments:

Post a Comment